Posts

Showing posts from September, 2019

Apakah Cara-Cara mengekalkan Perpaduan Nasional dan membentuk Identiti Kebangsaan bagi memastikan hubungan antara kaum terpelihara??

Image
Perpaduan adalah asas pembentukan Negara Malaysia.Kita sebagai rakyat Malaysia haruslah melindungi dan mempertahankan perpaduan agar suasana haramoni dan aman terjamin.Terdapat beberapa perkara yang boleh kita lakukan untuk mengekalkan perpaduan yang telah kita memperolehi sejak 1957. Antaranya memantapkan lagi penggunaan bahasa Melayu khususnya melalui sistem pendidikan sama ada di peringkat sekolah termasuk sekolah vernakular hingga ke peringkat pendidikan tinggi. Menurut Perkara 152, Perlembagaan Malaysia, bahasa Melayu digunakan sebagai alat komunikasi yang penting untuk menyatu-padukan semua lapisan masyarakat. Oleh itu anak-anak kecil daripada pelbagai kaum perlu diajar menggunakan bahasa Melayu bagi membolehkan mereka berkomunikasi bersama rakan di sekolah dan seterusnya hingga ke peringkat universiti. Selain itu,kepelbagaian agama, budaya dan adat resam sesuatu kaum haruslah dihormati dan dipelihara. Setiap individu berhak mengamalkan adat resam kaum masing-masing de

Bagaimanakah Pembentukan Masyarakat berlaku dan konflik yang dihadapi?

Image
Pada awal abad ke-18, perubahan dalam struktur masyarakat berlaku di Malaysia disebabkan oleh fenomena migrasi dari luar yang berlaku akibat faktor penarik yang ada di bumi mahupun faktor penolak di negara asal masing-masing yang bertanggungjawab mencernakan perubahan yang berkekalan sehingga ke hari ini. Struktur masyarakat di Malaysia berubah adalah disebabkan migrasi daripada luar dan juga faktor penolak dan penarik. Migrasi ini berlaku sedikit demi sedikit sebelum penjajahan barat, tetapi berleluasa setelah penjajahan berlaku. Aktiviti ekonomi dan perladangan menjadi faktor utama dalam aktiviti migrasi daripada luar terutamanya daripada China dan India. Kemasukkan masyarakat Cina ke Tanah Melayu menunjukkan bermulanya proses pembentukan masyarakat majmuk daripada pengaruh masyarakat Cina yang semakin bertambah. Pengaruh masyarakat Cina ke Tanah Melayu telah mengubah corak dan sistem sosial Alam Melayu dan juga masyarakat Melayu ketika itu. Kedatangan masyarakat Melayu ke Tan

Pengenalan kepada Masyarakat Majmuk di Malaysia

Image
        Masyarakat majmuk memang sinonim dengan  Malaysia sebagai sebuah negara yang bercirikan pelbagai kaum dan juga identiti. Terdapat lebih 80 kaum di seluruh Malaysia. Daripada keseluruhan bangsa tersebut terdapat tiga bangsa yang paling utama iaitu Melayu, Cina  dan India. Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari  Perlis hinggalah ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa , agama dan adat resam. Corak perubahan rakyat Malaysia ini berlaku  disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan seperti yang berlaku pada perubahan struktur politiknya, sebelum abad ke 18 dan ke 19. Pada hari ini, masyarakat majmuk di malaysia terjadi secara tidak sengaja.       Malaysia merupakan sebuah negara mempunyai komposisi masyarakat yang majmuk dan melibatkan berpuluh-puluh etnik dan bangsa meliputi seluruh Malaysia. Namun terdapat tiga bangsa yang bersifat majoriti di Malaysia iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Di