Apakah Cara-Cara mengekalkan Perpaduan Nasional dan membentuk Identiti Kebangsaan bagi memastikan hubungan antara kaum terpelihara??
Perpaduan adalah asas pembentukan Negara Malaysia.Kita sebagai rakyat Malaysia haruslah melindungi dan mempertahankan perpaduan agar suasana haramoni dan aman terjamin.Terdapat beberapa perkara yang boleh kita lakukan untuk mengekalkan perpaduan yang telah kita memperolehi sejak 1957.
Antaranya memantapkan lagi penggunaan bahasa Melayu khususnya melalui sistem pendidikan sama ada di peringkat sekolah termasuk sekolah vernakular hingga ke peringkat pendidikan tinggi.
Menurut Perkara 152, Perlembagaan Malaysia, bahasa Melayu digunakan sebagai alat komunikasi yang penting untuk menyatu-padukan semua lapisan masyarakat. Oleh itu anak-anak kecil daripada pelbagai kaum perlu diajar menggunakan bahasa Melayu bagi membolehkan mereka berkomunikasi bersama rakan di sekolah dan seterusnya hingga ke peringkat universiti.
Selain itu,kepelbagaian agama, budaya dan adat resam sesuatu kaum haruslah dihormati dan dipelihara. Setiap individu berhak mengamalkan adat resam kaum masing-masing dengan harmoni. Contohnya, melalui cara mereka berpakaian, amalan beragama dan perayaan.Sewajarnya sikap saling menghormati dan memahami budaya sesama kaum ini perlu dipertahankan demi kesinambungan perpaduan negara. Amalan ini bukan sahaja menggambarkan persefahaman malah meningkatkan lagi kemesraan sesama kaum.Bukan itu sahaja,Kita juga boleh mengaitkan amalan ini dengan adanya Rumah Terbuka semasa sesuatu perayaan disambut dengan menjemput jiran-jiran atau kawan-kawan yang berbilang kaum.Hal ini secara langsung,dapat menjamin ukhuwah dan membina silaturahim antara masyarakat sejagat demi mengekalkan perpaduan.
Perpaduan kaum juga boleh dipupuk melalui amalan bersukan. Contoh terbaik ialah menjadikan minggu ke dua bulan Oktober setiap tahun sebagai hari aktiviti sukan di tempat tinggal kita seiring dengan penganjuran Hari Sukan Negara.Kita juga harus melibatkan diri dalam aktiviti aktiviti yang melibatkan perpaduan contohnya Sambutan Hari Kemerdekaan yang disambut pada setiap 31/8.Aktiviti aktiviti ini dapat memupuk semangat perpaduan yang utuh dan juga dapat mengenangkan jasa-jasa pemimpin yang telah berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan bagi kesejahteraan negara Malaysia pada hari ini.
Akhir sekali perpaduan juga tidak akan memberi makna tanpa kestabilan politik. Oleh itu, setiap pemimpin negara harus menjaga kestabilan politik supaya keamanan rakyat tidak tergugat.
Melalui kestabilan politik rusuhan kaum dan perpecahan dapat dielakkan, pada masa sama akan mengukuhkan lagi kedudukan ekonomi negara ini.
Comments
Post a Comment