Apakah Cara-Cara mengekalkan Perpaduan Nasional dan membentuk Identiti Kebangsaan bagi memastikan hubungan antara kaum terpelihara??
Perpaduan adalah asas pembentukan Negara Malaysia.Kita sebagai rakyat Malaysia haruslah melindungi dan mempertahankan perpaduan agar suasana haramoni dan aman terjamin.Terdapat beberapa perkara yang boleh kita lakukan untuk mengekalkan perpaduan yang telah kita memperolehi sejak 1957. Antaranya memantapkan lagi penggunaan bahasa Melayu khususnya melalui sistem pendidikan sama ada di peringkat sekolah termasuk sekolah vernakular hingga ke peringkat pendidikan tinggi. Menurut Perkara 152, Perlembagaan Malaysia, bahasa Melayu digunakan sebagai alat komunikasi yang penting untuk menyatu-padukan semua lapisan masyarakat. Oleh itu anak-anak kecil daripada pelbagai kaum perlu diajar menggunakan bahasa Melayu bagi membolehkan mereka berkomunikasi bersama rakan di sekolah dan seterusnya hingga ke peringkat universiti. Selain itu,kepelbagaian agama, budaya dan adat resam sesuatu kaum haruslah dihormati dan dipelihara. Setiap individu berhak mengamalkan adat resam kaum masing-masing de