Posts

Pengenalan kepada Masyarakat Majmuk di Malaysia

Image
        Masyarakat majmuk memang sinonim dengan  Malaysia sebagai sebuah negara yang bercirikan pelbagai kaum dan juga identiti. Terdapat lebih 80 kaum di seluruh Malaysia. Daripada keseluruhan bangsa tersebut terdapat tiga bangsa yang paling utama iaitu Melayu, Cina  dan India. Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari  Perlis hinggalah ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa , agama dan adat resam. Corak perubahan rakyat Malaysia ini berlaku  disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan seperti yang berlaku pada perubahan struktur politiknya, sebelum abad ke 18 dan ke 19. Pada hari ini, masyarakat majmuk di malaysia terjadi secara tidak sengaja.       Malaysia merupakan sebuah negara mempunyai komposisi masyarakat yang majmuk dan melibatkan berpuluh-puluh etnik dan bangsa meliputi seluruh Malaysia. Namun terdapat tiga bangsa yang bersifat majoriti di Malaysia iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Di

Laman Laman Web Kementerian yang berunsur Perpaduan.

Laman Laman Web Kementerian berunsur Perpaduan berbilang kaum  di Malaysia. 1. https://www.penerangan.gov.my/index.php/ms/ 2. https://www.perpaduan.gov.my/ms/info-jpnin/profil

VIDEO-VIDEO PERPADUAN DI MALAYSIA

[Eksperimen Sosial] Sekuat Mana Perpaduan Rakyat Malaysia ? https://www.youtube.com/watch?v=DVE5JLBWeF0

KENALI KAMI

Image
KENALI AHLI KUMPULAN KAMI NAMA:KABILAN A/L KESAVAN UMUR:18 TAHUN NAMA:NOR ATIF SYAZRIL BIN NORULHISHAM UMUR:18 TAHUN NAMA:MARIATI NUR SHAKIRAH BT MOHAMED YUSRI UMUR:18 TAHUN NAMA:SITI FARAH HANIM BINTI SABRI UMUR:18 TAHUN

Harapan Negara Malaysia sekiranya hubungan antara kaum dapat dipelihara?

Image
Perpaduan kaum merupakan elemen yang penting dan harus diberi perhatian kerana pemupukan hubungan etnik antara masyarakat adalah amat penting bagi negara kita yang bermasyarakat majmuk serta menjamin kestabilan ekonomi dan politik negara. Hubungan kaum yang harmoni adalah kunci kepada kemajuan dan kestabilan negara. Bagi mencapai kemajuan, negara memerlukan rakyat yang dedikasi dan komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Justeru, masyarakat perlu saling memahami dan menghayati lapan nilai 1Malaysia iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti. Malaysia pada masa sekarang berada dalam proses pembangunan yang akan menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan global yang besar. Dengan itu, negara kita amat memerlukan kesatuan dari semua golongan masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa. Sebarang kesangsian, kecurigaan dan ketidakpuasan hati antara kaum yang diterjemahkan secara b

Apakah Cara-Cara mengekalkan Perpaduan Nasional dan membentuk Identiti Kebangsaan bagi memastikan hubungan antara kaum terpelihara??

Image
Perpaduan adalah asas pembentukan Negara Malaysia.Kita sebagai rakyat Malaysia haruslah melindungi dan mempertahankan perpaduan agar suasana haramoni dan aman terjamin.Terdapat beberapa perkara yang boleh kita lakukan untuk mengekalkan perpaduan yang telah kita memperolehi sejak 1957. Antaranya memantapkan lagi penggunaan bahasa Melayu khususnya melalui sistem pendidikan sama ada di peringkat sekolah termasuk sekolah vernakular hingga ke peringkat pendidikan tinggi. Menurut Perkara 152, Perlembagaan Malaysia, bahasa Melayu digunakan sebagai alat komunikasi yang penting untuk menyatu-padukan semua lapisan masyarakat. Oleh itu anak-anak kecil daripada pelbagai kaum perlu diajar menggunakan bahasa Melayu bagi membolehkan mereka berkomunikasi bersama rakan di sekolah dan seterusnya hingga ke peringkat universiti. Selain itu,kepelbagaian agama, budaya dan adat resam sesuatu kaum haruslah dihormati dan dipelihara. Setiap individu berhak mengamalkan adat resam kaum masing-masing de